Ilmu ubatan herba tradisional ialah warisan ilmu yang sangat bernilai. Negara-negara maju telah menggunakan ilmu tradisi ini sebagai asas kepada ubatan moden masa kini melalui transformasi proses pembuatan, pembuktian keberkesanan secara saintifik dan penjanaan fakta dan maklumat yang boleh dirujuk oleh pengamal perubatan, ahli farmasi dan pelaksana peraturan dan undang-undang perubatan. Kajian intensif ke atas beberapa sumber bahan terapeutik untuk barah, diabetes dan kecantikan telah memusatkan kajian pada enzim bromelain dalam buah nanas, fitokimia dalam tumbuhan herba dan inovasi ramuan herba tradisional sebagai ubatan herba bernilai tinggi. Bromelain dalam buah nanas diekstrak dan diinovasikan dengan kaedah teknologi penyelidikan termaju menunjukkan keupayaan untuk merawat masalah barah. Gabungan bromelain dengan fitokimia sumber herba menunjukkan peningkatan aktiviti kefungsian bromelain sebagai bahan anti keradangan dan penjagaan kesihatan secara umum. Beberapa tumbuhan herba ubatan dan ramuan herba tradisional untuk barah dan diabetes dikaji secara intensif dan dibuktikan selamat dan berkesan menyamai tuntutan tradisionalnya. Inovasi pemprosesan dalam bentuk ramuan herba berpiawai membolehkannya berada dalam posisi yang sealiran dengan ubatan moden. Pembuktian saintifik menggunakan kaedah pembangunan ubatan moden telah menarik minat para pengamal perubatan untuk menggunakan ubatan herba tradisional sebagai ubatan alternatif atau komplimentari kepada pesakit mereka. Usaha untuk membawa ubatan herba tradisional negara ke persada dunia perubatan hari ini mesti diberi keutamaan supaya ia relevan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.
Authors:Fadzilah@Adibah Abdul Majid
Pages: 114
Weight (book only): 230g
ISBN:9789672793830
Year: 2023
Finishing: Softcover, perfect binding
Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping.