Pemerkasaan wanita luar bandar melalui inovasi telah menjadi tumpuan penting dunia hari ini. Dunia mengalami perubahan yang dinamik dengan perkembangan teknologi digital masa kini. Perubahan ekonomi dan masyarakat turut memberi kesan kepada kehidupan wanita luar bandar. Inovasi melalui idea, produk dan amalan baharu dilihat boleh diaplikasikan sebagai satu daya atau usaha untuk perubahan sosial. Monograf ini membincangkan secara terperinci mengenai konsep dan realiti pelaksanaan model inovasi sosial melalui garapan dan olahan yang mudah difahami. Ia bukan sahaja mengulas dari segi konsep dan pendekatan yang digunakan, malah turut menunjukkan hasil daripada pelaksanaan model ini secara realiti. Kejayaan peserta yang menunjukkan peningkatan pendapatan yang ketara setelah melalui beberapa fasa dalam model inovasi sosial turut diperincikan. Kejayaan peserta ini telah cukup membuktikan model yang dihasilkan daripada kajian ini dapat membantu peserta dalam meneruskan kelangsungan hidup dengan peningkatan sosioekonomi mereka.
Secara keseluruhannya, monograf ini membincangkan bagaimana model inovasi sosial dapat membantu wanita luar bandar terutamanya kumpulan B40 untuk memperluas strategi dan kemahiran pemasaran bagi mengembangkan perniagaan mereka. Model inovasi sosial melalui penggunaan teknologi Internet menyediakan peluang yang lebih baik untuk usahawan terutamanya wanita luar bandar bagi meningkatkan strategi perniagaan mereka. E-Perniagaan boleh berkembang lebih daripada 100% jika strategi dan model perniagaan yang betul digunakan. Usahawan luar bandar yang ingin meneroka perniagaan melalui Internet, perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas ICT dan minat yang tinggi. Model inovasi sosial ini dapat memperkasakan usahawan luar bandar terutamanya golongan B40 dengan pengetahuan tentang teknologi maklumat dan meningkatkan kesedaran dan kemahiran penggunaan ICT dalam aktiviti perniagaan mereka. Fokus utama kajian ini adalah untuk mendidik dan memperkasakan wanita luar bandar terutamanya kumpulan B40 di Tanah Bencah Setiu dalam menggunakan ICT bagi pemasaran perniagaan melalui media sosial yang secara langsung dapat meningkatkan sosioekonomi mereka. Ringkasnya, model inovasi sosial yang telah dibangunkan ini telah memberi manfaat kepada komuniti luar bandar di Tanah Bencah Setiu dan ia dapat diperluaskan lagi kepada segmen komuniti yang lain.
Author: Noraida Haji Ali, Suriyani Muhamad, Masita @ Masila Abdul Jali, Mustafa Man
Size (inch): 7 x 10 x 0.2
Pages: 70
Weight (book only): 230 g
ISBN: 9789672417330
Year: 2020
Finishing: Softcover, perfect binding
Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping.
We ship worldwide! Reach us via https://www.rectoverso.my/apps/contact-form-plus. We will quote the best shipping rate to your doorstep.