Asas Komunikasi Antara Budaya merupakan satu buku rujukan lengkap yang membicarakan isu yang kritikal dalam memastikan kelangsungan sesebuah masyarakat yang hidup dalam suasana berbilang kaum dan budaya. Salah faham, kekeliruan dan prasangka adakalanya berpunca daripada kesukaran memahami individu yang datang daripada pelbagai budaya yang berbeza. Justeru, memahami perbezaan budaya adalah penting untuk memahami manusia bagi tujuan meningkatkan lagi keharmonian hidup bermasyarakat. Buku ini merupakan hasil penyelidikan daripada pelbagai artikel dan buku berkaitan komunikasi antara budaya oleh pengarang-pengarang berkaitan. Ia memberi implikasi bahawa isu perbezaan budaya telah menjadi perhatian penyelidik dan penulis sejak sekian lama sehinggalah ke hari ini. Justeru, usaha berterusan bagi menghasilkan penulisan berkaitan adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman perbezaan budaya seiring dengan perkembangan semasa. Buku ini membicarakan asas perbezaan budaya sama ada berasaskan gender, kaum dan etnik khususnya di Malaysia serta budaya popular yang masuk ke Malaysia. Turut dibincangkan juga kaedah untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi antara budaya. Pelbagai isu dikupas secara santai dengan mengambil contoh-contoh situasi sebenar dalam konteks budaya di Malaysia. Justeru, isu ini amat dekat dengan pembaca dan sesuai dijadikan panduan dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum. Sasaran buku ini adalah kepada penyelidik komunikasi antara budaya, serta sebagai bacaan umum kepada sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan kefahaman komunikasi antara budaya.
Author: Isma Rosila Ismail, Che Hasniza Che Noh, Abdul Latiff Ahmad, Ismar Liza Mahani Ismail, Noor Aisyah Abd Aziz
Pages: 122
Weight (book only): 300g
ISBN:9789672793403
Year: 2022
Finishing: Softcover, perfect binding
Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping.
We ship worldwide! Reach us via https://www.rectoverso.my/apps/contact-form-plus. We will quote the best shipping rate to your doorstep.