Asas Pelayaran merupakan buku rujukan yang dihasilkan bagi membantu pelayar baharu dan jurulatih dalam melaksanakan modul latihan asas pelayaran yang lebih sistematik. Buku ini mengandungi sembilan topik utama dan disusun mengikut sukatan pembelajaran setiap tahap (Tahap l-3).
Buku ini ditulis dalam bahasa Melayu dan disertakan dengan gambar rajah supaya lebih mudah difahami oleh semua peringkat pembaca, namun masih mengekalkan terminologi asas pelayaran dalam bahasa Inggeris. Semua topik dalam buku ini diterangkan secara teori dan praktikal. Antara topik utama adalah pengetahuan asas pelayaran dan kelautan, kaedah pemasangan bot, teknik pelayaran, tatacara pemakaian serta peraturan pertandingan.Borang penilaian dan sijil tahap pencapaian pelayar turut disertakan di bahagian akhir buku ini dengan membahagikan kepada tiga tahap pencapaian. Pelayar yang telah menguasai setiap tahap perlu dinilai dan mendapatkan pengesahan jurulatih untuk memperoleh sijil pengiktirafan tahap pencapaian. Sijil ini juga perlu ditandatangani dan diperakui oleh persatuan atau kelab yang diiktiraf oleh Persatuan Pelayaran Malaysia.
Penghasilan buku ini dapat memberi pendedahan kepada semua peringkat pembaca mengenai sukan pelayaran dan secara tidak langsung melayakkan mereka menerima sijil pengiktirafan mengikut tahap pencapaian sekiranya berjaya melengkapkan kesemua kriteria yang ditetapkan.
Pengarang: M. Hafizi Said, M.N. Hafiza
Saiz (inci): 7 x 10 x 0.5
Jumlah halaman: 184
Berat: 450g
ISBN: 9789672793199
Tahun: 2022 (Cetakan semula 2023)
Kemasan: Softcover, perfect binding
Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping.