icon-search
icon-search
  • mindaniaga.png
  • mindaniaga2.png
  • photo_6111534228379386372_y
  • photo_6111534228379386380_y
  • photo_6111534228379386381_y
  • photo_6111388951110599583_y
  • photo_6111388951110599585_y
  • photo_6111388951110599588_y
  • photo_6111388951110599589_y

Minda Niaga Usahawan Desa

RM 27.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Sememangnya pembangunan luar bandar di beberapa buah negara di Asia Tenggara telah memberi impak terhadap sosioekonomi masyarakat desa dan menyumbang kepada Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK). Malah, pelbagai pendekatan telah dibincangkan oleh pelaku industri, para akademik, pentadbir urus dan juga pembuat dasar untuk menggubalkan polisi bagi meningkatkan lagi ekonomi luar bandar. Pada hari ini, kekayaan alam semula jadi telah mempengaruhi permintaan pelbagai produk dan perkhidmatan desa untuk mengisi permintaan komersial. Kesemuanya ini telah memberi peluang kepada usahawan desa untuk meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran industri desa bagi mengisi permintaan komersial tersebut. Justeru itu, minda niaga amat perlu untuk membangunkan usahawan desa ke arah yang lebih bermotivasi, bijak melihat peluang, dapat merangka strategi, berani mengambil risiko, kreatif dan inovatif untuk membangunkan produk. 

Sememangnya, Hulu Terengganu terkenal dengan kekayaan sumber alam sekitar dan juga keupayaan usahawan desa yang dapat membangunkan produk desanya yang tersendiri. Buku ini telah membincangkan kepentingan keusahawanan dan kelestarian yang telah wujud dalam minda niaga dan diamalkan oleh usahawan desa dalam sektor ekopelancongan, pertanian, penternakan, makanan tradisional dan kraf tangan. Sesungguhnya, konsep minda niaga yang telah dibincangkan oleh usahawan desa dalam buku ini dapat memberi pengetahuan dan panduan kepada pembaca untuk membangunkan produk desa dan perniagaan lestari yang menyentuh dari aspek pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar. Di samping itu, pengalaman yang dibincangkan oleh usahawan desa di dalam buku ini dapat memberi pengetahuan berguna kepada pelaku industri dan juga para akademik untuk mempraktikkan ilmu keusahawanan ke dalam minda usahawan desa

Author: Muhammad Abi Sofian Abdul Halim, Khatijah Omar, Hazman Samsudin

Size (inch): 10 x 7 x 0.4

Pages: 156

Weight (book only): 340 g

ISBN: 9789672417774

Year: 2019

Finishing: Hardcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping