icon-search
icon-search
  • pengindustrian2.png
  • pengindustrian.png
  • IMG_0229-1731567460821
  • IMG_0230-1731567460913
  • IMG_0231-1731567460992
  • IMG_0232-1731567461067

Budaya Pengindustrian Komuniti Desa

RM 32.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Buku Budaya Pengindustrian Komuniti Desa ini membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan proses perancangan dan perlaksanaan dalam budaya perindustrian dalam kalangan komuniti desa di Terengganu. Negeri Terengganu yang mempunyai lapan daerah, dimana setiap desa ada yang menyumbang pengeluaran industri yang berbeza dan tersendiri. Selari dengan matlamat kerajaan negeri dan persekutuan yang ingin menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan sejahtera, pembangunan industri desa di Terengganu amat penting di dalam membina sosioekonomi yang baik dan serata kepada semua komuniti. Pada hari ini pembangunan industri desa telah diberi perhatian oleh pihak kerajaan negeri sebagai mekanisma yang dapat mewujudkan kesejahteraan hidup komuniti tempatan, kestabilan ekonomi dan juga mengekalkan kelestarian alam sekelilingnya. Pelbagai program sosial dan ekonomi telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan, pihak swasta dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk membangunkan industri desa mengikut acuan dan keupayaan komuniiti luar bandar itu sendiri. Sebagaimana di beberapa buah negara lain seperti India, Mexico, Thailand dan Indonesia, Malaysia juga memberi perhatian tehadap keunikan produk desa yang dapat dibangunkan melalui teknologi terkini. Sesungguhnya, pembangunan budaya pengindustrian di kalangan komuniti desa ini dapat meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran industri desa yang sekaligus dapat memacu produk desa ke peringkat global. Akhir kata, buku ini dapat digunakan sebagai rujukan kepada pengusaha industri desa, pentadbir pembangunan luar bandar, ahli akademik dan juga penyelidik yang ingin meneroka bidang budaya pengindustrian dalam kalangan komuniti desa.

Author: Muhammad Abi Sofian Abdul Halim, Khatijah Omar

Size (inch): 7 x 10 x 0.4

Pages: 160

Weight (book only): 350 g

ISBN: 9789672939146

Year: 2020

Finishing: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping