COVID-19 merupakan sebahagian daripada pandemik penyakit Coronavirus disease (COVID-19) yang telah melanda seluruh dunia. Kes COVID-19 pertama di Malaysia telah disahkan pada 25 Januari 2020 yang melibatkan ketibaan pelancong dari China ke Johor melalui Singapura. Menjelang akhir bulan Mac, jumlah kumulatif kes jangkitan COVID-19 di dalam negara telah meningkat daripada 30 kes pada awal tahun 2020 kepada 17,000 kes pada akhir Julai 2021 dan jumlah ini dijangka terus meningkat sekiranya rakyat tidak menerima vaksin COVID-19. Justeru, monograf ini membincangkan tahap penerimaan vaksin COVID-19 dalam kalangan penduduk Terengganu. Namun, rakyat Terengganu turut dilanda pandemic misinformation iaitu lambakan maklumat yang sukar dikawal sehingga menyebabkan rakyat tidak dapat membezakan antara maklumat benar dengan palsu. Ini secara tidak langsung mempengaruhi mereka dalam kesediaan penerimaan suntikan vaksin. Bersesuaian dengan itu, monograf ini dapat dijadikan sebagai panduan asas kepada kerajaan terutamanya pentadbiran Terengganu dalam memastikan kesedaran kepentingan pengambilan vaksin COVID-19 dalam kalangan rakyat Terengganu.
Author: Fahirah Syaliza Mokhtar, Noor Muthmainnah Hamdul Hadi
Pages: 80
Weight (book only): 250g
ISBN: 9789672793472
Year: 2022
Finishing: Softcover, perfect binding
Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping.
We ship worldwide! Reach us via https://www.rectoverso.my/apps/contact-form-plus. We will quote the best shipping rate to your doorstep.