Monograf bertajuk “Impak Kenaikan Aras Laut Terhadap Sosial, Ekonomi Dan Psikologi Komuniti Di Pulau Tioman” adalah hasil daripada kajian usaha sama NAHRIM dan UMT. Monograf ini mempersembahkan secara menyeluruh mengenai latar belakang kajian, kajian lepas, metodologi kajian, hasil kajian dan perbincangan, masalah dan cabaran akibat kenaikan aras laut, dan cadangan kajian untuk masa hadapan. Di samping itu, monograf ini juga memaparkan keadaan semasa komuniti Pulau Tioman yang terkesan akibat kenaikan aras laut terutamanya pada musim monsun. Kebanyakan kesan kenaikan aras laut kepada komuniti adalah kesan fizikal kepada sumber semula jadi seperti hakisan tanah yang sangat teruk di kawasan pesisir pantai hingga menyebabkan kemudahan jalan raya, premis perniagaan dan kemudahan yang lain juga turut rosak. Selain nilaian kerosakan yang dinyatakan, kerugian nilai ekonomi di Pulau Tioman juga dapat dianggarkan berdasarkan unjuran kenaikan aras laut yang telah dibuat oleh pihak NAHRIM. Hasilnya, idea-idea dan fakta daripada kajian ini diharap dapat memberikan gambaran dan pemahaman yang lebih jelas tentang impak kenaikan aras laut kepada komuniti yang tinggal di pesisir pantai di Pulau Tioman.
Pengarang: Khatijah Omar, Muhammad Abi Sofian Abdul Halim, Hazman Samsudin & Raja Zirwatul Aida Raja Ibrahim
Saiz (inci): 7 x 10 x 0.25
Jumlah halaman: 107
Berat: 390g
ISBN: 9789672939702
Tahun: 2021
Kemasan: Softcover, perfect binding
Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping.
We ship worldwide! Reach us via https://www.rectoverso.my/apps/contact-form-plus. We will quote the best shipping rate to your doorstep.