Kaunseling merupakan suatu proses membantu untuk mencapai matlamat yang bersifat kesedaran psikologi. Sebagai suatu proses membantu, maka kaunsleing perlu disandarkan pada teori dan teknik yang khusus agar matlamat dapat dicapai dengan berkesan. Teori dan aplikasi teknik dalam kaunseling merupakan sesuatu yang penting dan perlu diberi perhatian oleh kaunselor. Kaunselor perlu mengetahui tentang teori dan memahami teknik dalam kaunseling untuk membantu kaunselor membuat penilaian dan mengkonsepsikan masalah klien dengan lebih jelas dan bersistematik. Teori dan teknik dalam kaunseling juga diperlukan sebagai pemandu arah dalam merangka perancangan strategi rawatan untuk menyelesaikan masalah klien. Terdapat 1o teori utama yang dibincangkan dalam buku ini iaitu teori Psikoanalisis, Psikologi Individu, Kewujudan, Pemusatan Insan, Gestalt, Analisi Saling Hubung, Rasional Emotif Tingkah Laku, Tingkah laku Kognitif, Tingkah Laku, realiti dan Integrasi Agama dan Spiritual dalam Kaunseling. Buku ini juga mengandungi lebih daripada 80 teknik dalam kaunseling. Teknik-teknik tersebut pula dapata dikategorikan kepada lima komponen utama iaitu afektif, kognitif, tingkah laku, sosial dan spiritual. Diharapkan buku ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada kaunselor khususnya dan masyarakat umumnya dalam membina rawatan psikologi yang lebih berkesan.
Authors: Mohd Radhi Abu Shahim, Kamarul Md. Shah, Mazidah Mohd Dagang
Pages: 250
Weight (book only): 385 g
ISBN: 9786297625492
Year: 2024
Finishing: Softcover
Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping.