Buku suntingan Memperkasa Keluarga Bebas Dadah: Cabaran dan Harapan membincangkan data empirikal hasil penyelidikan geran LRGS bertajuk Perkongsepsian dan Pembentukan Modul Pencegahan Dadah Berasaskan Keluarga. Isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja memerlukan komitmen dan penglibatan berterusan ibu bapa dalam mengurangkan faktor risiko dan meningkatkan faktor pelindung. Pencegahan dadah berasaskan keluarga merupakan pelengkap kepada pencegahan dadah di institusi pendidikan, komuniti dan tempat kerja. Usaha pencegahan dadah oleh AADK tidak akan berjaya tanpa kerjasama daripada pelbagai pemegang taruh utama melibatkan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, komuniti dan individu perseorangan. Memperkasa keluarga bebas dadah yang menjadi tunjang kupasan buku ini bertepatan dengan slogan "Pencegahan Bermula dari Rumah" yang menekankan peranan ahli keluarga untuk terlibat secara aktif dalam mencegah aktiviti penyalahgunaan dadah. Secara tidak langsung, peranan aktif yang dimainkan oleh keluarga dapat menjayakan kempen "Lebih Baik Cegah" dan selari dengan Teras 1: Pendidikan Pencegahan di bawah Dasar Dadah Negara. Penerbitan buku ini diharapkan dapat menjadi panduan yang boleh digunakan oleh ibu bapa dan pelaksana program pencegahan dadah dalam usaha membendung masalah sosial ini. Semoga pencegahan dadah dalam konteks keluarga akan menjadi amalan dan budaya yang akhirnya merealisasikan strategi Dadah Terkawal 2025.
Authors:Nor Hayati Sa'at, Siti Salina Abdullah, Abdul Rahman Abdul Latip
Pages: 136
Weight (book only): 210 g
ISBN: 9786297625614
Year: 2024
Finishing: Softcover
Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping.
We ship worldwide! Reach us via https://www.rectoverso.my/apps/contact-form-plus. We will quote the best shipping rate to your doorstep.