icon-search
icon-search
  • hana dan nanas2
  • hana dan nanas

Hana dan Dunia Nanas (Buku Kanak-Kanak)

RM 15.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Buah nanas merupakan sejenis buah-buahan yang kaya dengan pelbagai khasiat dan kegunaan. Komik ini membawa pendekatan mudah untuk kanak-kanak menghargai buah nanas dan mengemarinya.

Hawa mewakili watak seorang kanak-kanak yang sifatnya ingin tahu dan ingin mencuba. Ibu saudara Hawa, iaitu Cik Bah pula memainkan peranan menyampaikan ilmu dan membina keyakinan Hawa secara santai. Sebenarnya, buah nanas ini unik dan cara mengupasnya memerlukan kemahiran khas. Kanak-kanak mesti digalakkan dan diyakinkan untuk mengetahui tentang cara mengupas buah nanas dengan teknik yang betul, mudah dan selamat. Ini adalah latihan kognitif dan psikomotor yang memberi impak positif dalam pembesaran kanak-kanak.

Komik ini juga diolah untuk berkongsi ilmu tentang lain-lain kegunaan nanas supaya ia akan lebih dihargai. Kanak-kanak juga akan diperkenalkan dengan setiap bahagian nanas dan fungsinya, beserta dengan beberapa aktiviti interaktif.

Dengan bantuan dan sokongan daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), diharapkan agar komik ini dapat memberi manfaat serta membentuk keyakinan kanak-kanak tentang khasiat buah nanas dan fungsi nanas dalam menjaga kesihatan dan guna semula sisa nanas sebagai sumber penjanaan pendapatan. Semoga ilmu tentang buah nanas ini akan dapat dimanfaatkan oleh kanak-kanak dan dikongsikan ilmunya kepada generasi yang seterusnya.


Authors: Fadzilah @ Adibah Abdul Majid

Ilustration :Hasienah Roslan

Pages: 44

Weight (book only): 80g

ISBN: 9786297625423

Year: 2024

Finishing: Softcover,saddle stitch

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping