icon-search
icon-search
  • ulum.png
  • ulum2.png
  • IMG_0217-1731566976846
  • IMG_0218-1731566976781
  • IMG_0219-1731566976937

Ulum Al-Quran Ulul Albab Makhraj Huruf Sifat huruf

RM 30.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Allah SWT memuji dalam al-Quran satu golongan orang beriman yang disebut sebagai Ulul Albab. Mereka mempunyai akal yang bersih, akhlak yang terpuji serta pemikiran sempurna sehingga mampu memahami hakikat sesuatu perkara dengan sebenar-benarnya. Kepentingan golongan ini dinyatakan dalam al-Quran sebanyak 16 kali dalam 10 surah berlainan berserta dengan faktor kemuliaannya di sisi Allah SWT. Generasi Ulul Albab mempunyai tiga ciri utama iaitu mereka sentiasa mengingati-Nya, sering bertafakur dan berusaha mendekatkan diri dengan Allah SWT mencakupi zikir, fikir dan amal. Hakikatnya, proses pembentukan generasi ini berasaskan kepada satu elemen utama iaitu pembacaan terhadap al-Quran (Kalamullah) secara tepat dan sempurna sebagaimana yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi SAW melalui kaedah talaqqi dan musyafahah. Bacaan al-Quran yang tepat merupakan salah satu disiplin daripada disiplin ilmu-ilmu al-Quran (Ulum al-Quran) yang wajib dipelajari setiap Muslim. Sebarang kesilapan (lahn) yang berlaku dalam bacaan al-Quran harus dihindari kerana ia membawa kepada dosa sekiranya sengaja dilakukan atau berkekalan dalam kesalahan tanpa penambahbaikan.

Oleh yang demikian, buku Ulum al-Quran Ulul Albab ini dihasilkan bagi menampung masalah yang dihadapi oleh para pembaca al-Quran. Buku edisi pertama ini memfokuskan kepada “Makhraj Huruf dan Sifat Huruf” kerana ia merupakan perkara terpenting dalam menyempurnakan bacaan al-Quran. Akhirnya, menerusi pembelajaran buku ini diharapkan mampu menghasilkan generasi Ulul Albab yang mempunyai bacaan al-Quran yang sempurna, kemudian memudahkan mereka untuk menguasai disiplin ilmu-ilmu lain yang seterusnya dapat berfikir, berusaha menyelesaikan masalah melanda umat Islam khususnya, masyarakat dunia umumnya.


Author: Abdul Hanis Embong, Aisyah Dollah @ Abdullah

Size (inch): 10 x 7 x 0.3

Pages: 86

Weight (book only): 260 g

ISBN: 9789672134022

Year: 2017

Finishing: Softcover, Perfect Binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

We ship worldwide! Reach us via https://www.rectoverso.my/apps/contact-form-plus. We will quote the best shipping rate to your doorstep.

Your cart is currently empty.
Continue shopping