Tadbir Urus Komuniti di Malaysia mengumpul hasil-hasil penyelidikan empirikal terpilih yang diolah semula dalam bentuk esei untuk disesuaikan dengan penerbitan sebuah buku ini. Secara umumnya, esei-esei tersebut membincangkan isu-isu governan yang berkaitan dengan pembangunan komuniti bandar dan luar bandar sama ada menggunakan pendekatan atas-bawah (top-down) atau bawah-atas (bottom-up). Kandungan dalam buku ini dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu cabaran-cabaran pengurusan komuniti serta urbanisasi dan tadbir urus komuniti. Objektif utama buku ini ialah meninjau isu-isu tadbir urus komu niti di Malaysia dengan memberi ruang dan mengangkat beberapa “isu-isu kecil” yang kurang diberi perhatian dalam penyelidikan tetapi menarik untuk ditinjau kedinamikannya di Malaysia.
Author: Nazli Aziz, Suhal Kusairi, Zuraini Tawang, Abdul Razak Ahmad
Size (inch): 10 x 6.9 x 0.2
Pages: 86
Weight (book only): 210 g
ISBN: 9789672320326
Year: 2019 ( Cetakan Kedua 2020)
Finishing: Softcover, perfect binding
Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping.
We ship worldwide! Reach us via https://www.rectoverso.my/apps/contact-form-plus. We will quote the best shipping rate to your doorstep.