Ketika berlakunya kematian, maka terputuslah segala urusan si mati dengan segala harta yang ditinggalkan akan dipusakai oleh waris yang berhak. Pembahagian harta pusaka mesti dilakukan dengan pengurusan yang betul dan cekap. Namun, kebanyakan masyarakat membelakangkan hukum faraid dalam pembahagian harta seperti pembahagian harta secara sama rata tanpa mengetahui kepentingan perlaksanaan pembahagian secara faraid. Ini adalah bertentangan sepertimana yang telah diwahyukan oleh Allah SWT dalam al-Quran melalui surah Al-Nisa’ ayat 11, 12 dan 176. Sebaiknya pengurusan harta pusaka bagi umat Islam di Malaysia perlu menggunakan pendekatan ilmu faraid sebagai medium utama seperti yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk mendapatkan kejayaan dan juga pahala. Manakala hibah dan wasiat merupakan pelengkap kepada pengurusan harta pusaka. Secara asasnya pembahagian yang paling adil ialah apa-apa yang telah disyariatkan dalam al-Quran sebagai panduan mengurus pusaka pada masa hadapan.
Menarik dalam buku ini:
- Merungkai masalah faraid dalam bentuk jadual dan gambar rajah.
- Dapat mengetahui kaedah menguruskan harta pusaka dengan betul.
- Menyentuh waris atau keturunan ke atas terutamanya nenek datuk sehingga kepada cilawagi dan cakawari serta kaedah dan syarat mempusakai.
- Pengurusan harta pusaka melalui wasiat wajibah serta pengiraannya.
- Terdapat banyak contoh soalan yang berkaitan dan uji minda.
- Cerita-cerita pusaka yang menarik dikongsikan sebagai pedoman umum.
BAB 1 - PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN HARTA PUSAKA
BAB 2 - ASAS ILMU FARAID
BAB 3 - PEWARIS PUSAKA DAN AHLINYA
BAB 4 - KAEDAH ASABAH
BAB 5 - GOLONGAN DHAWI AL-ARHAM
BAB 6 - HALANGAN/PENDINDINGAN (AL-HIJB)
BAB 7 - HALANGAN PUSAKA
BAB 8 - ASAL MASALAH DAN TASHIH
BAB 9 - ASHABUL FURUDH: PEMBAHAGIAN DAN PENGIRAAN
BAB 10 - KAEDAH 'AUL (PEMBESARAN)
BAB 11 - RADD (PEMULANGAN)
BAB 12 - MUNASAKHAT
BAB 13 - TAKHARUJ
BAB 14 - KAEDAH DATUK BERSAMA SAUDARA
BAB 15 - KES KHUSUS DALAM FARAID
BAB 16 - WASIAT
BAB 17 - WASIAT WAJIBAH
BAB 18 - HIBAH
BAB 19 - HARTA SEPENCARIAN
BAB 20 - WAKAF
BAB 21 - PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PUSAKA DI MALAYSIA
BAB 22 - SIKAP YANG DITUNTUT DALAM MENGURUS HARTA PUSAKA
BAB 23 - LATIHAN PENGUKUHAN DAN PERBINCANGAN
BAB 25 - PENGURUSAN HARTA PUSAKA DAN ORANG ISLAM
BAB 26 - KISAH DAN TELADAN
Saksikan sesi temu bual bersama pengarang buku yang telah disiarkan secara langsung di slot MHI TV3.
https://www.youtube.com/watch?v=cx0TM5lTET4
Setiap pembelian akan menerima poster eksklusif Carta Waris (selagi stok masih ada)
Author :Jaharudin Padli Al-Banjari
We ship worldwide! Reach us via https://www.rectoverso.my/apps/contact-form-plus. We will quote the best shipping rate to your doorstep.