Gaya Keibubapaan dan Pola Komunikasi Keluarga di Malaysia merupakan satu buku rujukan lengkap yang membicarakan isu yang kritikal dalam memastikan kelangsungan sesebuah hubungan keluarga. Pasangan yang telah bertahun-tahun melalui fasa hidup berumah tangga adakalanya juga menghadapi masalah, maka proses menuntut ilmu berkaitan kekeluargaan adalah satu proses berterusan yang tidak boleh diabaikan. Buku ini merupakan hasil penyelidikan yang telah dijalankan ke atas 400 buah keluarga di Malaysia, bertujuan mengenal pasti gaya keibubapaan dan komunikasi keluarga serta sejauh manakah karakter peribadi ibu bapa dan anak mempengaruhinya. Kajian ini memberi implikasi bahawa memahami karakter individu adalah penting untuk memahami bagaimana seseorang bertingkah laku termasuklah dalam hubungan keluarga. Proses penyesuaian, sikap saling memahami, meraikan perbezaan adalah diperlukan demi kelangsungan sebuah hubungan keluarga. Buku ini membicarakan isu-isu keibubapaan dan komunikasi secara santai dengan mengambil contoh-contoh situasi sebenar dalam konteks keluarga di Malaysia. Justeru, buku ini amat dekat dengan pembaca dan sesuai dijadikan panduan dalam kehidupan berkeluarga. Sasaran buku ini adalah kepada penyelidik keibubapaan dan komunikasi keluarga, serta sebagai bacaan umum kepada sesiapa sahaja yang memiliki keluarga.
Author: Che Hasniza Che Noh
Pages: 120
Weight (book only): 300g
ISBN:9789672793533
Year: 2022
Finishing: Softcover, perfect binding
Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping.
We ship worldwide! Reach us via https://www.rectoverso.my/apps/contact-form-plus. We will quote the best shipping rate to your doorstep.