icon-search
icon-search
  • pelayaran.png
  • pelayaran2.png
  • photo_6215047836475703504_y
  • photo_6215047836475703505_y
  • photo_6215047836475703506_y
  • photo_6215047836475703507_y

Asas Pelayaran (modul latihan pelayaran)

RM 69.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Asas Pelayaran merupakan buku rujukan yang dihasilkan bagi membantu pelayar baharu dan jurulatih dalam melaksanakan modul latihan asas pelayaran yang lebih sistematik. Buku ini mengandungi sembilan topik utama dan disusun mengikut sukatan pembelajaran setiap tahap (Tahap l-3). 

Buku ini ditulis dalam bahasa Melayu dan disertakan dengan gambar rajah supaya lebih mudah difahami oleh semua peringkat pembaca, namun masih mengekalkan terminologi asas pelayaran dalam bahasa Inggeris. Semua topik dalam buku ini diterangkan secara teori dan praktikal. Antara topik utama adalah pengetahuan asas pelayaran dan kelautan, kaedah pemasangan bot, teknik pelayaran, tatacara pemakaian serta peraturan pertandingan.Borang penilaian dan sijil tahap pencapaian pelayar turut disertakan di bahagian akhir buku ini dengan membahagikan kepada tiga tahap pencapaian. Pelayar yang telah menguasai setiap tahap perlu dinilai dan mendapatkan pengesahan jurulatih untuk memperoleh sijil pengiktirafan tahap pencapaian. Sijil ini juga perlu ditandatangani dan­ diperakui oleh persatuan atau kelab yang diiktiraf oleh Persatuan Pelayaran Malaysia. 

Penghasilan buku ini dapat memberi pendedahan kepada semua peringkat pembaca mengenai sukan pelayaran dan secara tidak langsung melayakkan mereka menerima sijil pengiktirafan mengikut tahap pencapaian sekiranya berjaya melengkapkan kesemua kriteria yang ditetapkan.


Pengarang: M. Hafizi Said, M.N. Hafiza

Saiz (inci): 7 x 10 x 0.5

Jumlah halaman: 184

Berat: 450g

ISBN: 9789672793199

Tahun: 2022 (Cetakan semula 2023)

Kemasan: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

We ship worldwide! Reach us via https://www.rectoverso.my/apps/contact-form-plus. We will quote the best shipping rate to your doorstep.

Your cart is currently empty.
Continue shopping