FREE SHIPPING with minimum spend of RM150 (West Malaysia) Our Books!
icon-search
icon-search
  • memimpin kelompok
  • memimpin kelompok2

Memimpin Kelompok Dinamik

RM 36.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Kelompok dinamik merupakan proses sosial yang melibatkan interaksi dan tingkah laku dalam persekitaran kelompok. Persekitaran tersebut dapat mempengaruhi personaliti, emosi dan tingkah laku ke atas proses kelompok tersebut. Dalam memimpin kelompok dinamik, kaunselor akan bertindak sebagai ketua kelompok dengan melibatkan lebih daripada seorang ahli dan biasanya tidak melebihi daripada 12 orang. Proses kelompok dinamik akan menjadi lebih berkesan dan berjaya jika tujuan, matlamat dan proses kelompok itu jelas dan difahami oleh ahli kelompok. Peranan kaunselor atau ketua kelompok amat penting serta mampu mempengaruhi keberkesanan sesuatu kelompok kaunseling yang dinamik. Proses kaunseling kelompok yang dinamik membolehkan individu untuk mencapai matlamat kendiri melalui perkongsian idea yang inovatif dan produktif. Dalam usaha menjadikan proses kelompok lebih berkesan, ketua kelompok perlu sedar tentang kekuatan dan potensi sesebuah kelompok yang dibina. Oleh itu, ketua kelompok perlu merancang lebih awal dan sentiasa peka kepada tahap-tahap perkembangan kelompok. Buku Memimpin Kelompok Dinamik ini membincangkan pengenalan kaunseling kelompok, sifat-sifat ketua kelompok berkesan, kemahiran-kemahiran yang perlu dibina sebagai ketua kelompok, mengendalikan tingkah laku ahli kelompok yang bermasalah, fasa dan proses dalam kaunseling kelompok dan keunikan serta cabaran kaunseling kelompok. Diharapkan buku ini dapat membina sinergi manusia ke arah proses kemenjadian manusia dengan lebih positif dan produktif.


pengarang: Mohd Radhi Abu Sahim, Zuhda Husain, Nur Fadhilah Malek

Halaman: 134

Berat(buku sahaja): 205g

ISBN: 9786297625676

Tahun: 2025

Kemasan: Softcover (paperback), perfect binding

We ship worldwide! Reach us via https://www.rectoverso.my/apps/contact-form-plus. We will quote the best shipping rate to your doorstep.

Your cart is currently empty.
Continue shopping