Bersesuaian dengan dengan konsep pertanian dan penternakan berkelompok, pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah memberi perhatian dan tanggungjawab sepenuhnya untuk membangunkan industri luar bandar yang berkaitan dengan sektor pertanian dan penternakan. Beberapa negara telah meningkatkan produktiviti pengeluaran mereka bagi memenuhi keperluan permintaan pengguna. Malaysia antara negara yang memberi perhatian sepenuhnya terhadap pembangunan industri pertanian dan penternakan ini melalui perlaksanaan beberapa program yang telah dilaksanakan. Konsep pertanian dan penternakan berkelompok adalah pendekatan yang amat relevan kepada komuniti luar bandar untuk melaksanakan projek ini. Bersesuaian dengan projek ini juga, pihak kerajaan negeri Terengganu telah melancarkan beberapa program untuk membangunkan industri pertanian dan penternakan ini kepada komuniti luar bandar, seperti; Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 dan juga Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021. Kesemua program ini bermatlamatkan untuk membangunkan industri luar bandar yang berfokuskan kepada sektor pertanian dan penternakan. Diharapkan modul yang ringkas dan padat ini dapat menjadi rujukan kepada komuniti luar bandar yang terlibat dalam industri desa ini dan juga pihak berkepentingan yang lain untuk sama-sama menjayakannya.
Authors:Norhayati Ab Manaf, Muhammad Abi Sofian Abdul Halim, Khatijah Omar
Pages: 104
Weight (book only): 275g
ISBN: 9789672793939
Year: 2023
Finishing: Softcover, perfect binding
Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping.