Pengambilan madu amat dekat dalam kalangan masyarakat kita dan telah diamalkan oleh pelbagai bangsa, negara, budaya dan agama sejak berkurun lamanya. Dorongan utama praktis ini adalah untuk mendapat manfaat kesihatan daripada madu. Walau bagaimanapun, banyak persoalan timbul berkaitan pengamalan madu ini. Kebanyakannya tidak dapat dijawab dengan tepat kerana tidak ada sumber rujukan yang dipercayai. Justeru itu, sejak menceburi penyelidikan berkaitan madu sejak 2010, penulis telah mengambil inisiatif mengumpul soalan-soalan yang lazim ditanyakan kepada beliau. Sebanyak 50 soalan dikumpulkan dalam buku ini yang merangkumi kebaikan pengambilan madu, mengenal madu dengan lebih terperinci dari segi perbezaan jenis-jenisnya dan bahan-bahan kimia yang ada di dalamnya, pengamalan yang disarankan, kesahihan ujian tradisional, beberapa kaedah untuk mengenal pasti ketulenan madu, tindakan ke atas madu tiruan dan cara mendapatkan madu yang asli. Dengan penghasilan buku ini, penulis berharap masyarakat mendapat sumber maklumat yang sahih yang berasaskan kajian saintifik. Penulis juga berharap buku ini bakal memberi impak yang besar kepada pelbagai pihak terutamanya pengguna madu, penternak, usahawan, agensi-agensi yang berkaitan dan negara secara keseluruhannya.
Author: Wan Iryani Wan Ismail, Muhammad Faiz Zulkifli
Pages: 122
Weight (book only): 360g
ISBN:9789672793274
Year: 2022
Finishing: Softcover, perfect binding
Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping.