icon-search
icon-search
  • impak perlombongan
  • impak perlombongan2
  • photo_6213190615307501924_y
  • photo_6215047836475703486_y
  • photo_6215047836475703487_y
  • photo_6215047836475703488_y
  • photo_6215047836475703489_y
  • photo_6181713641808707517_y (1)
  • photo_6181713641808707518_y (1)

Impak Perlombongan Pasir ke Atas Persekitaran dan Industri Akuakultur

RM 24.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

 

Impak Perlombongan Pasir ke Atas Persekitaran dan Industri Akuakultur merupakan hasil penyelidikan yang dijalankan secara ilmiah oleh penyelidik. Buku ini secara umumnya membincangkan impak-impak aktiviti perlombongan pasir ke atas persekitaran dan juga sosioekonomi. Isu-isu berkaitan aktiviti perlombongan pasir juga dihuraikan dengan teliti dalam penulisan buku ini. Selain itu, implikasi dasar dan undang-undang yang berkaitan dengan aktiviti perlombongan pasir turut diperincikan. Objektif utama buku ini adalah memberi pendedahan kepada isu-isu perlombongan pasir yang berlaku di Malaysia serta peranan pihak berwajib dalam menangani isu alam sekitar dan kesejahteraan hidup komuniti sejagat. Ini selaras dengan matlamat pembangunan mampan yang menekankan tiga aspek utama iaitu alam sekitar, ekonomi dan sosial dalam pembangunan demi memastikan kelestarian untuk generasi akan datang.

Buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan ilmiah kepada ahli akademik, pelajar, dan juga badan-badan kerajaan dan swasta dalam memahami isu-isu persekitaran yang semakin serius berlaku di Malaysia. Buku ini juga menyalurkan cadangan-cadangan yang perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa dalam memastikan aktiviti perlombongan pasir dapat diuruskan secara lestari tanpa memberi kesan negatif terhadap alam sekitar dan juga kesejahteraan komuniti setempat.


Authors: Siti Aisyah Saat

Pages: 126

Weight (book only): 165 g

ISBN: 9786297625515

Year: 2024

Finishing: Softcover

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

We ship worldwide! Reach us via https://www.rectoverso.my/apps/contact-form-plus. We will quote the best shipping rate to your doorstep.

Your cart is currently empty.
Continue shopping