Buku ini membincangkan tentang bahasa teladan yang diaplikasikan oleh Rasulullah SAW sebagai teladan kepemimpinan rumah tangga. Teladan Baginda ini menghuraikan ayat qiwamah yang terdapat dalam surah al-Nisa’ (34). Bab pertama menjelaskan konsep bahasa kepemimpinan Rasullulah SAW dan memberi definisi bentuk bahasa Rasulullah SAW dalam kepemimpinan masyarakat dan keluarga. Bab kedua pula menerangkan ciri umum bahasa Rasullulah SAW berasaskan hadis. Kesemua ciri-ciri umum bahasa Rasulullah SAW ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan berkeluarga khususnya buat seorang suami yang soleh. Sementara bab ketiga menghuraikan tentang bentuk-bentuk bahasa komunikasi Rasullulah SAW dari sudut huraian linguistik. Bab keempat menjelaskan lagi tentang bentuk-bentuk bahasa kepemimpinan secara keseluruhan dalam memimpin masyarakat yang dapat dihayati dan diteladani berdasarkan hadis perawi Saidatina Aisyah RA. Bab kelima yang merupakan inti pati buku ini mengupas kepemimpinan Rasulullah SAW dan diikuti dengan bab keenam dengan contoh teladan daripada peristiwa ifki yang dihadapi oleh Rasulullah SAW sebagai contoh sepanjang zaman dalam memimpin keluarga khususnya institusi rumah tangga
Author: Ariza Abdullah, Taj Rijal Muhamad Romli, Anida Sarudin
Pages: 122
Weight (book only): 280g
ISBN:9789672793564
Year: 2022
Finishing: Softcover, perfect binding
Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping.