Monograf ini memfokuskan kepada penyelidikan wacana komunikasi pelancongan dalam konteks silang budaya dari segi pengaplikasian strategi komunikasi. Konteks silang budaya dalam penyelidikan ini ialah bahasa Jepun (BJ) dan budaya Jepun antara pemandu pelancong (TG) Malaysia berbahasa Jepun dengan pelancong Jepun (PJ) di sepanjang sesi lawatan pemanduan pelancongan (SLPP).
Penulisan ini penting untuk memperkenalkan penguasaan komunikasi antara budaya TG Malaysia berbahasa Jepun dari aspek pengaplikasian strategi yang mendasari salah satu wacana komunikasi dalam pelancongan. Dengan penghuraian strategi komunikasi ini akan dapat dijadikan rujukan dalam menangani masalah komunikasi pelancongan dan selari dengan itu dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan yang diharapkan dapat membantu mempertingkatkan penguasaan komunikasi antara budaya para TG untuk lebih efisien dan berketerampilan.
Author: Roswati Abdul Rashid, Roslina Mamat
Size (inch): 7 x 10 x 0.3
Pages: 98
Weight (book only): 230 g
ISBN: 9789672939573
Year: 2021
Finishing: Softcover, perfect binding
Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping.