Alam ini merupakan anugerah Allah yang sangat penting untuk kelestarian kehidupan semua makhluk yang mendiami muka bumi dan ruang angkasa. Oleh sebab itu, menjadi tanggungjawab kepada kita sebagai Khalifah untuk memelihara dan mentadbir alam ciptaan Allah ini dengan sebaiknya. Kitab suci al-Quran dan al-Sunnah nabi SAW telah berbicara mengenai tatacara serta adab menjaga anugerah Allah yang indah ini. Peringatan dan larangan juga dinyatakan dengan jelas agar manusia tidak merosakkan alam sekitar. Bukan itu sahaja, bahkan Allah juga menyatakan amaran sekiranya kerosakan berlaku akibat daripada sikap melampaui batas manusia.
Penerbitan buku “Islam dan Kelestarian Alam” ini adalah bertujuan untuk menyampaikan kepada masyarakat akan kepentingan alam ini untuk dipelihara demi kesejahteraan ekosistem kehidupan dan yang lebih penting ialah sebagai tanda manusia menghargai nikmat kurniaan Maha Pencipta. Rangkuman artikel yang memenuhi ruang buku ini merupakan hasil penyelidikan, pengalaman dan pengamatan yang digarap dengan bersandarkan kepada nas al-Quran dan al-Sunnah. Garapan ini diolah sebaiknya, supaya pembaca dapat menghargai alam ciptaan Allah dan seterusnya melestarikannya untuk generasi masa hadapan.
Author: Riswadi Azmi, Nor Hazmin Sabri, Rodiah Mustafa
Size (inch): 10 x 7 x 0.2
Pages: 78
Weight (book only): 180 g
ISBN: 9789672939344
Year: 2021
Finishing: Softcover, perfect binding
Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping.