Buku Diskusi Kenegaraan Malaysia (Edisi Kedua) adalah karya ilmiah teristimewa pengarang buat mahasiswa yang mengambil subjek yang berkaitan dengan hal ehwal ketatanegaraan Malaysia. Beberapa perspektif asas pengajian kenegaraan serta hubungannya dalam konteks pembinaan negara bangsa Malaysia diperjelaskan secara terperinci melalui buku ini.
Selain itu, buku ini mengetengahkan aspek pensejarahan Malaysia, Perlembagaan, sistem demokrasi serta pentadbiran negara, polisi dalam dan luar negara, perpaduan kaum, kedaulatan serta isu-isu keselamatan negara dalam bentuk naratif-deskriptif mudah.
Lebih tepat, buku ini boleh dijadikan panduan kepada semua pihak termasuk mahasiswa, pelajar menengah, penyelidik, pemimpin politik, badan-badan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan serta orang perseorangan yang berminat meneliti terhadap isu-isu yang terkandung dalam skop ketatanegaraan Malaysia berdasarkan konteks lampau dan kontemporari.
Author: Hamdan Aziz, Imsmar Liza Mahani Ismail, Syahrin Said
Size (inch): 7 x 10 x 0.6
Pages: 256
Weight (book only): 520 g
ISBN: 9789672939832
Year: 2021
Finishing: Softcover, perfect binding
Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping.