icon-search
icon-search
  • kendiri.png
  • kendiri2.png
  • IMG_20220803_122457
  • IMG_20220803_122506
  • IMG_20220803_122530
  • IMG_20220803_122537
  • IMG_20220803_122602
  • IMG_20220803_122551

Konsep Kendiri Tafsiran Lukisan Projektif

RM 36.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Teknik lukisan projektif merupakan suatu kaedah penilaian psikologi yang mana responden mengunjur keluar (project) naluri, keinginan, perasaan dan minda yang tidak sedar (unconscious mind) terhadap sesuatu rangsangan. Teknik lukisan projektif biasanya menggunakan rangsangan yang kabur, kurang jelas dan tidak berstruktur. Hal ini kerana, rangsangan yang tidak berstruktur, bersifat relatif dan terbuka dapat memberi ruang yang lebih luas kepada responden meluahkan persepsi tanpa dibatasi oleh bias atau kehendak luaran.

Andaian bahawa bahan-bahan rangsangan yang tidak berstruktur, relatif dan terbuka mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk mendedahkan aspek-aspek penting konsep kendiri seseorang dan dikatakan sangat berkesan untuk mendedahkan rahsia yang terpendam atau aspek-aspek personaliti yang tidak sedar berbanding bahan-bahan yang berstruktur seperti soal-selidik dan inventori.

Teknik ini tidak membataskan maklum balas responden dan memberi kebebasan kepada responden untuk meluahkan apa-apa yang dirasa dan difikirkan. Hal ini sekaligus mengelakkan responden memberi jawapan yang palsu atau ingin menyembunyikan sesuatu.

Penggunaan teknik lukisan projektif berasaskan simbolik Rumah-Pokok-Orang adalah suatu teknik yang digunakan untuk mendapatkan pandangan yang tepat dunia dalaman (inner world) seseorang. Maka, teknik lukisan projektif dapat melihat dengan lebih mendalam konsep kendiri seseorang yang mungkin tidak dapat diukur dengan kaedah objektif semata-mata.

Pengarang: Mohd Radhi Abu Shahim, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip & Kamarul Md. Shah

Saiz (inci): 7 x 10 x 0.25

Jumlah halaman: 140

Berat: 300g

ISBN: 9789672939023

Tahun: 2020 (Cetakan Keempat 2022 )

Kemasan: Softcover, perfect binding

Powered by Froala Editor

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping