Mari Belajar Hiragana Edisi Kedua ialah modul pembelajaran sistem tulisan Hiragana iaitu sistem penulisan bahasa Jepun yang paling asas. Pembelajaran sistem tulisan Hiragana pada modul ini dipecahkan kepada enam bahagian mengikut tahap penguasaan tulisan dan satu bahagian iaitu latihan yang merangkumi keseluruhan pembelajaran. Setiap bahagian dilengkapi dengan penerangan yang jelas berkenaan setiap peringkat huruf dan disertai kosa kata sebagai contoh penggunaan huruf-huruf tersebut. Malah setiap bahagian turut dilengkapi dengan latihan untuk memperkukuhkan lagi cara penulisan, sebutan dan pemerolehan kosa kata. llustrasi turut ditonjolkan pada 47 huruf asas Hiragana bagi membantu para pelajar mengingati setiap hurut dengan berkesan melalui imaginasi melalui bentuk dan bunyi setiap huruf. Modul ini boleh digunakan oleh segenap individu yang ingin mempelajari sistem tulisan Hiragana secara persendirian mahupun secara mendapat bimbingan daripada penunjuk ajar. Modul ini dijangkakan dapat menjadi sumber penting sebagai alat bantu P&P terhadap penguasaan sistem penulisan Hiragana.
Pengarang: Roswati Abdul Rashid, Rohani Hamzah & Md Rosli Ismail
Saiz (inci): 7 x 10 x 0.2
Jumlah halaman: 100
Berat: 200g
ISBN: 9789672417132
Tahun: 2019
Kemasan: Softcover, perfect binding
Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping.
We ship worldwide! Reach us via https://www.rectoverso.my/apps/contact-form-plus. We will quote the best shipping rate to your doorstep.